Thursday, November 23, 2006

Abang 2006 ~ Cerita Ilham...

MUHAMMAD ZIKRI ILHAMI
Nak citer sket pasal permata hati aku yang sorang nih... Selama nih dia ler buah hati pengarang jantung hati aku walaupun hari-hari dok menjerit cam "mak tarzan" dek kerana memarahi anak aku yang satu tuh...saper lagi kalau bukan Abang Ilham

Nakal nyer usah cerita... aktif sesangat... sampai aku pun dah naik letih dok cakap & nasihat dia. Kalau dia kata dia nak wat sesuatu tuh...ikut kepala dia jer... penat aku dibuat nyer. Walaupun dia nakal .. tapi ada jugak sifat dia yang aku puji sesangat.. dia amat menghargai kawan-kawan nyer. Pantang kalau kawan dia datang umah..segala mainan dia tunjukkan kat kawan nyer... kalau ada 'jan-jan' kat umah, di bahagi dua ngan kawan nyer... siap bawak air dua gelas..satu untuk dia dan satu untuk kawan nyer... kalau nak minum milo atau horlicks dia akan suruh aku buat dua gelas...untuk kawan nyer satu.. kadang-kadang terharu sangat aku

Ilham memang sayang sangat ngan Sofea ... sesaat tak tengok Sofea dia akan asyik bertanya...!!
Lagi satu sifat dia yang aku puji, kalau dia pi memana ikut tokwan jenjalan atau tido umah tokwan ...dia pasti akan dapatkan aku dahulu untuk salam & cium pipi aku... kalau dia tak buat camtu, nanti kat dalam kete dia akan suruh tokwan nyer patah balik sbb tak salam mak... kalau tokwan tak nak patah balik, esok pagi2 dia dah suruh tokwan hantar balik...sebab nak jumpa mak & adik... terharu sesangat aku ngan dia... padahal hari-hari kene marah ngan aku... tapi dia still gak ingat kat aku....
Tahun demi tahun, Ilham semakin membesar....
(pic #1&2-2006 pic #3&4-2005 pic#5&6-2004)
Bagi aku Ilham anak yang 'istimewa' sangat... bila ingat balik.. 4 tahun yang lalu aku melahirkannya... dan aku juga hampir kehilangan nyer..membuatkan aku rasa lebih sayang kat dia dari sofea... bukan bermakna aku tak sayang sofea...aku sayang kedua-dua anak aku...tapi Ilham nih lain sket... walaupun nakal & lasak ...dia anak yang bijak & cepat pick-up...cuma kengkadang environment jer yg tak sesuai bagi dia ... berkawan ngan budak2 yang ntah camner... sometime dia agak "kurang ajar" bila bercakap... dah pandai bahasakan diri nyer "aku" ngan kengkawan ...tapi dia takkan cakap depan aku lah... Pada usia nyer mencecah 3 tahun dia sudah lancar bercakap...tidak cam sesetengah budak seusia nyer..masih lagi 'pelat2" bila bercakap...tapi aku dah boleh borak-borak ngan dia dah... kalau skarang nih lagi ler petah bercakap...macam "mak nenek" pulak tuh... kengkadang aku di ajar nyer camner nak wat sesuatu... !!! Hampehhh....!!! heee...heee....!!!
Muhammad Zikri Ilhami
Walau nakal macamana sekali pun Abang Ilham...aku tetap sayangkan Abang Ilham...sebab aku yang melalui segala "kepayahan" dan "keperitan" selama 9 bulan 10 hari ilham didalam rahim aku ...dan selama 44 hari ilham menjenguk dunia Allah dan selama 4 tahun 5 bulan ini aku membesarkan ilham... Bak kata pepatah, "Sayang anak, tangan-tangankan".. tidak bermakna aku pukul ilham aku tidak sayangkan nyer... Kasih & Sayang aku untuk Ilham & Sofea sampai mati...

4 comments:

...$weE+ 666... said...

anak sulung. lelaki plak tu. mestilah kita sayang teramat sangat. faham sgt perasaan seorang ibu smenjak bergelar ibu ni ler... terharu gak baca part yg dia mendahulukan mak dia melebihi segala apapun di dunia ini. smoga fenriz pun macam tu juger...

ilham dah 4 tahun. auntie jijie tak pernah jumpa sampai skrg. sofea dah nak masuk setahun. blom ada rezeki nak jumpa. auntie jijie cukup bahagia dpt jumpa di alam cyber ni je... at least, for now. glad iena terbuka hati nak buat FP dan blog.

kiss kiss to ilham & sofea sayang! *muahz muahz*

Anonymous said...

selamat menulis mama Ilham dan Sofea.... dan salam perkenalan dari kami sekeluarga.

saya takde blog sendiri, tapi fotopages kira mcm blog gak la kan? hehehehhee

tinggal di mana? saya tinggal kat s erdang, selangor jer.

~aNNa~ said...

ermm iena, seronok u dah ada sepasang anak. terasa mencabarkan membesarkan anak-anak ni. anak laki lain kerenagnya, anak perempuan plak lain. bila pk balik kan iena, aduh la. takutnya rasa. harap-harap anak-anak kita tak tersalah didikan. inshaAllah!

rockantu6432 said...

TQ frenz... mmg banyak dugaan nak besarkan anak nih..especially, cam i yg tak tinggal ngan family nih.. everything i have to do by myself...penat usah cerita...tapi bila anak buat 'perangai' macam2 perasaan yg timbul...kecewa, sedih & marah pada diri sendiri...sbb i rasa mcm i dah "gagal" menjadi ibu yg baik pada anak-anak i...i gagal mendidik anak-anak i dengan betul...